Mohd Isa Abd Razak: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Perkataan “kebetulan” tidak sesuai digunakan oleh orang Islam kerana apa-apa yang berlaku adalah suratan. Saya mohon ustaz berikan hujah/nas yang menyokong pandangan ini. Saya ucapkan terima kasih atas sambutan ustaz. (23 Disember 2012)
Abu Basyer: Waalaikumussalam, Mohd Isa Abd Razak. Sebenarnya perkataan "kebetulan" tidak tepat disebut dalam amalan harian kita. Perkataan yang sesuai ialah "Allah izin" atau "dengan izin Allah" kerana setiap peristiwa di bumi semuanya sudah ditakdirkan oleh Allah SWT.
Abu Basyer: Waalaikumussalam, Mohd Isa Abd Razak. Sebenarnya perkataan "kebetulan" tidak tepat disebut dalam amalan harian kita. Perkataan yang sesuai ialah "Allah izin" atau "dengan izin Allah" kerana setiap peristiwa di bumi semuanya sudah ditakdirkan oleh Allah SWT.
Allah berfirman maksudnya, “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)
Dalam ayat yg lain Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Surah Al-Hadid ayat 22-23)
Begitu juga jika kita secara tiba-tiba berjumpa kawan lama tanpa disangka-sangka maka yakinlah bahawa pertemuan tersebut telah ditakdirkan berlaku oleh Allah SWT dan kita dapat bertemu semuanya dengan izin-Nya. (23 Disember 2012)
Mohd Isa Abd Razak: Terima kasih, ustaz. Insya-Allah, saya akan terus menggunakan ungkapan "dengan izin Allah" dan yang semaksud dengannya. Saya doakan agar Allah memberkati usaha ustaz/kita.
Daripada laman “Tanya Ustaz” https://www.facebook.com/mohdisa.abdrazak?sk=notes#!/groups/172983446178187/permalink/184237568386108/ Tarikh: 23 Disember 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan