13 Jun 2009

Apitan Memper-…-i untuk Lima Kata Dasar Sahaja

Sari ruangan Pintar Bahasa dalam majalah Dewan Pelajar, Januari 2009.

Penggunaan apitan memper-…-i adalah untuk lima perkataan sahaja, iaitu
ingat → memperingati
isteri → memperisteri
kawan → memperkawani
senjata → mempersenjatai
suami → mempersuami


Perkataan lain tidak menerima apitan memper-…-i. Apabila kita menemukan perkataan lain, selain lima perkataan di atas, penggunaannya tidak baku atau lewah. Perkataan contoh yang tidak baku adalah seperti yang di bawah:

memperbaiki* → membaiki
memperolehi* → memperoleh
memperakui* → mengakui
memperhalusi* → memperhalus
memperkuasai* → menguasai
memperdalami* → memperdalam
mempersetujui* → menyetujui
memperbaharui* → memperbaharu


Azhar Salleh, “Memperbaiki atau Membaiki”, Dewan Pelajar, Januari 2009, halaman 32.

Tiada ulasan: