12 Jun 2009

PPSMI: Sambung-Menyambung Sokong PUM

Pada 10 Jun 2009, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menyampaikan Memorandum Muafakat Ulama’ Mansuhkan PPSMI. Majlis itu yang berlangsung di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, diterima oleh Tan Sri Dato’ YM Engku Ibrahim bin Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, bagi pihak Majlis Raja-Raja Melayu.

PUM memohon agar memorandum yang mengandungi bantahan terhadap PPSMI itu dapat dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

PUM diwakili oleh Tuan Ustaz Abd. Ghani Samsuddin (Pengerusi SHURA) dan Tuan Prof. Ustaz Dr. Abdul Rahman Awang (ahli SHURA). Delegasi itu juga diiringi oleh tokoh-tokoh penting Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Tuan Dr. Shahrir Md. Zain (Timbalan Pengerusi GMP), Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (Naib Pengerusi GMP), dan Tuan Hasni Abas (Setiausaha GMP).

Kita bersama-sama dengan PUM menolak pelaksanaan PPSMI dan membantah penerusan pelaksanaannya. Kita juga bersama-sama dengan PUM mendesak pihak yang berkuasa memberhentikan pelaksanaan PPSMI dan mengembalikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain.

Kita berharap Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dan PUM mengadakan usaha seperti ini di peringkat negeri. Isi kandungan memorandum pula wajar dimurnikan dan dipadatkan

Tiada ulasan: