19 Julai 2009

Cakera Padat Video

Pengguna bahasa Melayu mungkin pernah menggunakan ungkapan *video cakera padat bagi VCD (video compact disc). Ungkapan ini sebenarnya silap. Ungkapan yang betul ialah cakera padat video. Ungkapan ini tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan selari pula dengan jawapan pihak Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) pada 26 September 2008.

Kita mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Tan C L kerana mengetengahkan perkara ini dalam blognya. Klik di sini.

Tiada ulasan: