23 Oktober 2009

Objek Bergerak dan Tidak Bergerak

Sari “Soal Jawab Bahasa” (SJB), majalah Pelita Bahasa, September 2009.

1. Objek bergerak ialah objek yang berubah tempat dan kebanyakannya terdapat dalam apitan men-…-kan. Contohnya, dalam frasa “menaikkan bendera”, “bendera” ialah objek bergerak, iaitu bergerak dari bawah ke atas.

2. Namun demikian, ada sedikit perkataan yang berawalan me- diikuti oleh objek bergerak. Contohnya, dalam frasa “mengirim/mengepos surat”, surat ialah objek bergerak. Sebenarnya, frasa asal ialah “mengirimkan/mengeposkan surat”.

3. Objek tidak bergerak pula berada selepas apitan me-…-i. Contohnya, dalam frasa “menghadiahi ibu”, “ibu” ialah objek tidak bergerak.

Nota: Perkataan “mengajar” berasal daripada perkataan “mengajari” dan perkataan “memberi” berasal daripada “memberii”.

Tiada ulasan: