02 Ogos 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Versi Asal
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan keluarga.

Versi Terkini
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

FPK digubal pada tahun 1988 sebagai impak keceloparan
Lim Kim Sai dan berkaitan dengan Operasi Lalang pada tahun 1987. Syed Othman dan Hasnan Hakim (2001) menyatakan FPK dirumus berdasarkan resolusi Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977.

Paksi tersirat falsafah ini ialah perpaduan. Bayangan falsafah ini sudah ada dalam
Penyata Razak 1956 (sumber lain 1, sumber lain 2), Penyata Rahman Talib 1960, dan Akta Pendidikan 1961. Nama asal FPK ialah Falsafah Pendidikan Negara. Istilah FPK digunakan dalam Akta Pendidikan 1996.

Tiada ulasan: