10 Jun 2012

Perkataan Berimbuhan Men-…-i dalam Konteks Dua Objek

Bahan rangsangan "kelas dewasa" kumpulan Kembara Bahasa, 9 Jun 2012:

1. Ibu *membekalkan adik nasi lemak.
2. Ibu membekali adik nasi lemak.
3. Ibu membekalkan nasi lemak untuk adik.
4. Ibu *membekali adik dengan nasi lemak.

Rumusan Tuan Pengetua, Cikgu Nizam Abdul Jalil adalah seperti yang berikut:

1. Semua kata kerja berimbuhan men-...-i dalam konteks dua objek mesti dikuti terus oleh objek bernyawa dan disusuli pula oleh objek tidak bernyawa. Jangan diselangi apa-apa di antara dua objek dengan kata sendi dan sebagainya. Ayat nombor 4 itu salah kerana diselangi kata sendi “dengan”.

2. Namun demikian dalam bahasa tidak semuanya lancar seperti air terus mengalir. Ada juga kekecualiannya. Ada sesetengah kata seperti “memberi” mesti diikuti oleh objek bernyawa seperti ayat “Cikgu Yahya Isa memberi ayam dedak”. (MIR: Frasa *“memberi dedak ayam” silap. Frasa “memberikan dedak kepada ayam” betul.)

3. Objek yang berada selepas kata kerja transitif berapitan men-...-i dikenali sebagai objek tepat dan objek kedua sebagai objek sipi.

4. Ada kata tertentu yang memang berapitan men-...-kan dan boleh menerima objek bernyawa seperti, kata jahit, baca, beli, buat, dan cari. Kata-kata ini tidak ada bentuk *menjahiti, *membuati, *membacai, *membelii dan *mencarii.

Perbincangan asal di sini. Sertailah kumpulan Kembara Bahasa untuk mengikuti “kelas dewasa” ini.

Tiada ulasan: