Tajuk Buku: Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan, Buah Fikir Guru Cemerlang
Penyelenggara: Azizul Rahman Abdul Rahman dan Mohamad Saleeh Rahamad
Penerbit: MDK Intelek Enterprise
Tahun: 2011
Halaman: 521
Harga: Tidak tercatat
Pengulas: Mohd Isa Abd Razak
Buku yang membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran sedikit sahaja di pasaran. Daripada jumlah yang sedikit itu, kebanyakan buku itu nipis. Buku-buku nipis itu ditujukan kepada guru dan ibu bapa sebagai panduan atau bahan untuk mereka mengajarkan bacaan asas. Ada sedikit juga buku yang agak tebal yang ditujukan kepada guru pelatih. Yang paling sedikit ialah buku tebal untuk rujukan semua golongan pendidik.
Kemunculan buku Pengajaran dan Pengajaran Berkesan, Buah Fikir Guru Cemerlang menambah jumlah buku tebal tentang strategi pengajaran dan pembelajaran di pasaran buku negara kita. Buku setebal 521 halaman itu sesuai menjadi rujukan semua golongan pendidik seperti guru pelatih, guru kawakan, pengurus pendidikan dan pensyarah institut pendidikan guru (IPG).
Penerbitan buku ini diusahakan oleh Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM). Penyelenggara buku ini pula adalah antara guru cemerlang (GC) yang memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan GC, iaitu Cikgu Azizul Rahman Abdul Rahman. Beliau dibantu oleh penulis dan penggiat aktiviti penulisan yang tidak asing lagi, iaitu Saudara Mohamad Saleeh Rahamad. Para penulis 33 bab buku ini pula ialah mantan GC atau GC yang sedang berkhidmat di sekolah atau IPG.
Dalam “Bingkisan Amanat”, Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Yang Berbahagia Dato’ Misrah bin Haji Ibrahim, antara lain menulis, “Penerbitan buku yang menghimpun makalah pelbagai jenis, termasuk laporan kajian, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kertas konsep ini, membuktikan bahawa para GC memang benar-benar berkualiti. Bukan sahaja mereka cemerlang sebagai guru di dalam bilik darjah, pengurusan sekolah, dan pembinaan modul, malahan cemerlang dalam bidang penulisan.”
Fakta tentang pihak yang mengusahakan penerbitan buku ini, dua orang penyelenggara, para penulis dan testimoni Ketua Nazir, dapat dianggap sebagai unsur penting yang menjamin mutu buku ini. Cuma, sayangnya, penerbit buku ini belum terkenal. Oleh hal yang demikian, kita menjangka edaran buku ini terbatas. Tentunya buku ini sukar diperoleh di pasaran terbuka.
Kita bersetuju dengan kenyataan penyelenggara buku ini yang mengatakan strategi yang terkini dan inovatif perlu diperkembang dan diuji. Strategi yang sudah diuji oleh GC itu mesti disebarkan kepada warga pendidikan. Oleh hal yang demikian, kita mencadangkan agar KPM mempromosikan buku ini supaya isi kandungannya dapat dimanfaatkan oleh lebih banyak bakal pendidik dan pendidik.
Kandungan
1. Strategi Mengatasi Masalah Pembelajaran Kimia
2. Imaginasi Membantu Penguasaan Mengingat dalam Kemahiran Hidup Bersepadu
3. Pendekatan Kaunseling Islam: Membangunkan Modal Insan melalui Bimbingan Kaunseling di Sekolah
4. Kepentingan Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya bagi Orang Kurang Upaya
5. Kepentingan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi Pelajar Berkeperluan Khas di Malaysia
6. Penggunaan Analogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Fizik secara Berkesan
7. Penyuntingan Kendiri sebagai Suatu Teknik Keberhasilan Esei Pelajar
8. Satu Malaysia dan Pendidikan
9. Pelaksanaan Kaunseling Kerjaya Berfokus
10. Penggunaan Key-Note Slides dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
11. Keberkesanan Penggunaan Artikel sebagai Suatu Kaedah Pembelajaran
12. Pendidikan Jasmani atau Sukan?
13. Penerapan Nilai Murni melalui Teknik Permainan Moral
14. Teknik Lakonan dalam Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS
15. Keberkesanan Penggunaan Kamus Dewan dalam Penulisan Karangan yang Berkualiti
16. Pembelajaran Aktif, Pengajaran Kreatif: GLA dan HOTS
17. Memahami Hikayat Khoja Maimun” KOMSAS Tingkatan Empat
18. Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Breakfast with Maths”
19. Struktur Pembelajaran Koperatif “di Dalam dan di Luar Bulatan” dan “Lakarkan Saya” (dengan lampiran Struktur Pembelajaran “Meja Bulat” dan “Kembara Galeri” dan Struktur DLU dalam Rancangan Pengajaran Harian)
20. Keberkesanan Penggunaan Rotan dalam Mengawal Disiplin dan Tingkah Laku Remaja
21. Pengajaran dan Pembelajaran Murid Berprestasi Sederhana dan Rendah
22. The Contender: Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Ekonomi
23. Kreativiti Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Suatu Cadangan
24. TNM Meningkatkan Keyakinan Pelajar Mencapai Sasaran Geografi
25. Kaedah Kajian Masa Depan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
26. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu untuk Pelajar Menengah Rendah
27. Andragogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Tingkatan Enam
28. Guru Cemerlang: Cabaran dan Harapan
29. “Tuesday’s Date with PS: Program Koakademik
30. Pantun Melayu: Cerminan Usaha Memartabatkan Profesion Keguruan
31. Kreativiti Guru: Meningkatkan Minat Pelajar dan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
32. Teknik SuPIR dalam Penulisan Karangan Peringkat Menengah Atas
33. Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah: Kepentingan Memahami Latar Belakang dan Tahap Kecerdasan Murid Aliran Vokasional

Tiada ulasan:
Catat Ulasan