Sabah Tepat Bermain
Saya biasa menjala udang galah bersama-sama Saroh. Kepalan umpan dibuang ke dalam sungai kira-kira sepuluh minit sebelum jala ditebarkan. Umpan beras yang digaul dengan belacan dan dicampurkan dengan sedikit tepung gandum sebagai perekat dan pemberat, menggalakkan udang galah keluar dari tempat persembunyian. Di tempat yang kami jangka udang mengerumuni makanan, di situlah jala kami tebarkan.
Saya bertanya, “Ada umpan, Saroh?”
Saroh yang sudah berdiri di haluan dan siap untuk menebarkan jala menjawab, “Kita cuba sahaja, cikgu. Manalah tahu ada rezeki Cikgu Ku kita!”
Ku Bahaudin ketawa kecil dan berkata, “Mudah-mudahan ada rezeki Cikgu Isa dan Amun juga.”
Walaupun bulan disembunyikan oleh kelompok awan, namun cahaya suramnya tetap membantu kami melihat kocakan air, belakang Saroh yang sedang menguak-nguakkan jala dan batang hidung masing-masing. Apabila Ku Bahaudin dan saya menyedut asap rokok, apinya membara dan mencecah wajah kami. Mardane terus mengotek-ngotekkan dayung. Terdengar bunyi derauan apabila rantai timah yang mengembangkan jala mencecah air. Di tangan kanan Amun tergenggam lampu picit.
Saroh menaikkan jala. Suluhan lampu picit Amun menyorot tiga ekor udang galah yang terkedang di dalam gulungan menegak jala itu. Amun mengeluarkan udang-udang itu. Dia menayangkan seekor udang terbesar dengan suluhan lampu picit sebagai halwa mata kami. Ruas teratas badan udang itu hampir sebesar tangan bayi. Panjang sepit birunya lebih sehasta.
Bunyi rantai timah yang mengembangkan jala berderau lagi. Jala ditarik. Amun menyuluh jala ke bawah dan ke atas. Yang kelihatan hanya beberapa helai daun dan ranting. Saroh terus melakukan tebaran. Derauan demi derauan kedengaran. Ada tebaran mengena. Kebanyakan tebaran tidak berhasil. Namun, setelah beberapa lama, tangkapan hampir setengah baldi juga. Semuanya udang galah dan kebanyakannya besar.
Saroh berehat. Dia berjongkok di haluan dan menunukan hujung rokok. Sambil menghembuskan asap rokok dia berkata, “Mardane, kita lihat pukat malam ini?”
Mardane tidak terus memberikan jawapan. Ku Bahaudin mengemukakan cadangan, “Kita bakar udang dahulu. Kemudian baru tengok pukat.”
Mardane bersuara, “Ya, bagus kita bakar udang dahulu. Pukat itu, kita tengok keadaanlah, pak cik.”
Ungkapan tengok keadaan yang digunakan oleh Mardane membayangkan rasa berat hatinya. Kemunculan nyamuk dalam jumlah yang luar biasa bagaikan kawanan lebah yang berpindah itu mungkin ada kaitan dengan rasa berat hatinya. Mungkin dia menganggap hal itu petanda.
Saya tidak arif untuk mentafsirkan petanda. Saya bersangka baik. Saya anggap kawanan nyamuk itu ialah utusan Allah. Makhluk yang disebut dalam al-Quran itu mungkin membuntuti nenek atau apa-apa penghuni tetap hutan Sukau. Mungkin juga ada makhluk halus melintasi kawasan itu. Kami dinyahkan sementara sahaja.
Sesungguhnya, kehadiran kawanan nyamuk itu memperkukuh tanda kebesaran Ilahi. Perintah Khaliq, khususnya ibadah yang disebut sebagai tiang agama, mesti ditunaikan apabila tiba waktunya. Kelonggaran bersyarat seperti menghimpun dua solat dalam satu waktu, diberikan kepada sesiapa yang berkelayakan. Tempat seperti hutan, paya, tasik, sungai atau laut; keadaan seperti panas, dingin, hujan dan ribut, ialah cabaran, bukan halangan.
Saroh bertanya, “Cikgu mahu merambat?”
Saya pasti, pertanyaan Saroh itu ditujukan kepada saya. Saya menjawab, “Cukuplah, Saroh. Ku Bahaudin sudah tidak sabar untuk merasa udang bakar.”
Kami tiba di tapak perkhemahan. Kawanan nyamuk seperti lebah sudah pergi. Nyamuk yang tinggal seekor dua seperti kelaziman dalam hutan. Ku Bahaudin dan Amun menghidupkan bara api unggun. Apabila bara semakin banyak, mereka membaringkan udang di atas bara itu. Saroh menjerang air dan kemudian membancuh teh o. Mardane bersandar di perdu pokok. Saya melayan khayalan di dalam khemah.
Bau asap bercampur dengan aroma udang bakar semerbak. Kami meratah udang itu bersama-sama. Mardane membuang kulit udang yang kekuningan itu dengan cermat. Dia mengerip isi udang itu sedikit-sedikit. Sebagai tuan rumah, dia mengutamakan tetamu. Saya juga mengikut rentaknya. Saya melamakan penghisapan kepala udang yang sudah dicecah dengan garam. Saroh dan Amun makan ala kadar. Ku Bahaudin menjamu selera.
Saya sudah mengenali Ku Bahaudin sejak tahun 1973. Pada masa itu kami guru pelatih tahun pertama Maktab Perguruan Gaya. Kami tinggal sebilik dan makan sehidangan. Pada masa itu sistem makan di maktab kami ialah berhidang. Pada tahun 1974 kami tinggal di bilik yang berlainan tetapi masih tetap makan semeja bersama-sama dengan Lazim dan Gayah. Saya amat faham kemampuannya menikmati hidangan.
Bekali-kali Ku Bahaudin berkata, “Sedaplah, Isa. Besar sungguh udang galah di sini.”
Saya membalas, “Makanlah Ku. Peluang yang seperti ini sukar untuk berulang.”
Seperti yang saya jangkakan, Mardane memutuskan bahawa malam itu kami berehat sahaja. Pukat akan diangkat pagi esok.
Malam cepat berlalu. Fajar menyingsing. Solat subuh ditunaikan. Air dijerang. Kami menikmati teh o dan biskut kering. Pagi yang dinantikan pun tiba. Mardane dan Saroh menaiki kolek. Kali ini Mardane mendayung. Saroh menarik pukat. Ku Bahaudin, Amun dan saya bersedia di tebing dengan tiga buah baldi. Mudah-mudahan kehampaan di hutan paya Kampung Sentosa Jaya bulan lalu tidak berulang.
“Cikgu, Isa!” Saroh menyeru nama saya sambil menayangkan sebahagian pukat yang dapat ditariknya ke atas dengan kedua-dua belah tangannya.
Berpuluh-puluh ekor ikan bergantungan pada pukat itu. Kebanyakannya sudah kaku. Hanya seekor dua yang masih berkotek. Ada dua jenis ikan yang jelas kelihatan. Jenis yang pertama ialah ikan yang berwarna keperakan dan lebarnya sama atau melebihi lebar tapak tangan. Jenis yang kedua ialah ikan yang berwarna coklat kehitaman dan bentuknya seperti ikan haruan. Saiznya lebih kurang sebesar lengan budak. Berdasarkan warna dan bentuk kepalanya, saya pasti itu bukan ikan haruan. Oleh sebab mata pukat itu agak besar, tiada ikan kecil kelihatan. Senyuman Saroh pagi itu adalah yang termanis pernah saya saksikan.
Urusan menarik pukat, melepaskan ikan daripada mata pukat, memasukkan ikan ke dalam kolek, menghantar ikan ke tebing, memasukkan ikan ke dalam baldi, mengangkat baldi yang sudah penuh dengan ikan ke alur, menuangkan ikan dari dalam baldi ke dalam perahu dan kembali ke tasik, berjalan lancar. Ulang-alik itu berlaku empat kali. Kerjasama antara kami sungguh erat. Tidak kedengaran keluhan penat. Saya melakukan kerja itu dengan rasa syukur dan perasaan gembira yang teramat sangat.
Urusan menggulung pukat, memasukkan pukat ke dalam karung, mengangkat pukat, memikul kolek, memindahkan ikan dari perahu ke dalam kolek dan memasukkan baki ikan di dalam perahu ke dalam baldi, berjalan lancar. Demikianlah juga halnya dengan urusan menggulung khemah dan kemas-mengemas yang lain.
Matahari yang tadinya dilindungi oleh awan, kabus dan pokok-pokok yang tinggi mula menjengah. Saya berasa matahari turut tersenyum seperti kami yang sudah berada di dalam perahu.
Saya duduk di papan lintang yang berhampiran dengan buritan dan menghadap Mardane. Dia sudah menghidupkan enjin dan bersedia untuk mengemudikan perahu. Ku Bahaudin di belakang saya. Dia menghadap haluan. Amun berhadapan dengan Ku Bahaudin. Mereka berbual dan memegang-megang ikan di dalam baldi. Saroh duduk di atas lantai segi tiga yang menutup haluan. Dia menghadap buritan dan menjuntaikan kaki sambil menyedut asap rokok sepuas-puasnya.
Perahu yang sudah bertambah muatannya dengan tiga baldi ikan dan pukat yang basah itu bergerak perlahan-lahan hingga ke muka alur. Mardane menggunakan kemahirannya mengemudikan perahu apabila perahu yang menunda kolek yang sarat dengan ikan tasik ladam itu memasuki perairan Sungai Kinabatangan. Di situ kolek menyenget. Saya resah. Saya berasa lega setelah haluan perahu menghala ke hilir dan kedudukan kolek mantap. Haluan kolek yang terjongket sedikit, setia membelah air di buritan perahu.
Hampir sepanjang perjalanan itu mata saya memerhati kolek. Adakalanya saya mencondongkan tubuh ke kiri atau ke kanan; atau saya bangun sedikit apabila pandangan saya terlindung oleh badan Mardane. Sesekali saya berborak dengan Mardani. Kami terpaksa menguatkan suara untuk mengatasi bunyi enjin sangkut. Antara dialog kami dengan suara yang kuat seperti orang menjerit adalah seperti yang berikut:
Isa: Ikan yang macam ikan haruan itu, ikan apa?
Mardane: Di sini kami bilang ikan ubi! Sedap ikan itu, cikgu.
Isa: Ikan itu yang paling banyak!
Mardane: Ya, belum pernah lagi kami mendapat ikan ubi sebanyak ini!
Isa: Ikan yang lebar macam ikan sepat itu pula apa namanya?
Mardane: Ooo … itu ikan kaloi. Kaloi hitam, cikgu.
Isa: Ooo … baru saya ingat. Mak Ngah saya pernah memelihara ikan kaloi di dalam akuarium. Bukankah itu ikan untuk akuarium?
Mardane: Betul, cikgu; tetapi kaloi sedap juga dimakan.
Isa: Ooo … begitu! Saya baru tengok ikan ubi. Saya belum pernah makan ikan ibu dan ikan kaloi.
Mardane: Nanti saya suruh emak saya masak. Kita makan dahulu sebelum cikgu balik.
Isa: Saya nampak ada sebarau dan lampam. Di tasik itu memang tiada ikan haruan?
Mardane: Haruan ada. Tasik itu luas. Mungkin ikan itu tidak berkeliaran di tempat kita memukat.
Isa: Saya khuatir ikan itu busuk apabila kami tiba di maktab.
Mardane: Nanti kita buang perut ikan dan kita bubuh sedikit garam. Kami buat kerja itu di lanting.
Selang beberapa ketika, perahu kami pun merapat ke lanting di hadapan rumah Mardane.
Mardane berkata, “Cikgu Isa dan Cikgu Ku Bahaudin, naiklah ke atas rumah. Saya rasa ayah saya ada di atas rumah. Biar saya, Pak Cik Saroh dan Amun menguruskan ikan.”
Pagi itu kali ketiga saya memijak lanting. Terasa goyangannya sudah berkurangan.
Saya dan Ku Bahaudin berbual dengan Pak Cik Randuh. Menurut ayah Mardane itu, dia belum pernah melihat kawanan nyamuk yang kami katakan seperti lebah pindah banyaknya. Dia berpendapat, peristiwa itu ialah ujian.
Lauk hidangan tengah hari ialah sayur dan ikan masak lemak kuning. Semasa saya bertugas di Papar, saya kerap menikmati ikan seperti ikan yang dimasak lemak kuning itu. Orang Papar menyebutnya ikan duai. Nama bakunya bawal hitam. Saya bertanya Pak Cik Randuh nama ikan yang sedang kami nikmati.
Dia menjawab, “Ini ikan kaloi yang cikgu pukat.”
Saya berseru, “Ha … sedap sungguh!”
Dalam sejarah saya memburu ikan di Sabah, hanya itulah pengalaman saya memukat di tasik ladam. Hanya di tasik ladam itu sahajalah saya memperoleh ikan ubi dan ikan kaloi. Berbanding dengan kaloi, lampam, sebarau dan ikan putih, tangkapan terbanyak kami ialah ikan ubi. Isinya putih, halus dan lembut. Rasanya sungguh enak, hampir sama enaknya dengan ikan pelian atau nama bakunya kelah.
Pada masa itu saya belum mengetahui bahawa ikan ubi ialah ikan air tawar kelas pertama. Saya belum mengetahui bahawa ikan itu berada setakuk atau hanya beberapa takuk di bawah pelian. Saya juga belum mengetahui bahawa harga ikan ubi sangat tinggi. Sepuluh tahun kemudian barulah saya mengetahui bahawa harga ikan ubi di Sabah lebih kurang seratus ringgit sekilo. Barulah saya sedar akan nilai tangkapan kami di tasik ladam itu.
Bersambung: Berburu, Memukat dan Menjala

Tiada ulasan:
Catat Ulasan