12 April 2011

Pelajarilah Bahasa Inggeris dan Kekalkan Keputusan 2009

Pada 11 April 2011, BERNAMA melaporkan bahawa Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM), Profesor Madya Dr Hashim Othman, menyokong bahasa Inggeris diajar kepada pelajar sekolah. Saya menyokong pendapat beliau.

Sesungguhnya usaha untuk mengajarkan mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah bukan sahaja mesti disokong malah perlu dipergiat. Guru Bahasa Inggeris mesti menggunakan kaedah terbaik bagi membolehkan pelajar menguasai bahasa antarabangsa itu.

08 April 2011

Enam Justifikasi untuk Menolak Penggunaan Istilah “Bahasa Malaysia”

Hari ini Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan menerbitkan nota tentang justifikasi untuk menolak penggunaan istilah “bahasa Malaysia” bagi menggantikan istilah “bahasa Melayu” dalam Facebooknya. Nota itu hasil usaha beliau bersama-sama Tuan Rusli Abdul Ghani dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya meringkaskan nota itu seperti yang di bawah. Nota asal boleh dibaca di sini atau di sini.

Persatuan Linguistik Malaysia Bantah Syor PAGE

Saya menyokong bantahan oleh PLM. Terima kasih, Berita Harian. Semua akhbar berbahasa Melayu patut mengumandangkan suara seperti ini. Contohilah akhbar berbahasa Inggeris yang terus-menerus melaungkan suara PAGE.

Sekali lagi saya petik peringatan Kembara Bahasa dalam Facebook beliau: “Perjuangan perlu terus dihangatkan. Gunakan blog dan laman Facebook masing-masing untuk menyatakan sikap agar KPM tidak terpengaruh oleh kumpulan seperti PAGE dan lain-lain yang terus menghasut KPM agar PPSMI versi baharu dilaksanakan.”

07 April 2011

PPSMI Dilanjutkan Hingga Tahun 2015 sebagai “Soft Landing”

Pada 21 Oktober 2009 akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk murid tahun satu mungkin dipercepat setahun iaitu mulai 2011. Saya membaca berita itu dengan senang hati tetapi berhati-hati. Kemudian, saya menulis ulasan seperti yang di bawah:

Kita menyambut baik pengumuman ini. Malah, jikalau Tan Sri mengumumkan pemansuhan PPSMI bermula pada tahun 2010, kita akan menyambut pengumuman itu dengan perasaan yang lebih gembira dan senyuman yang meleret-leret. Apa-apa pun, selagi pengumuman itu belum menjadi kenyataan, sambutan kita terhadapnya wajarlah berpada-pada.

Anak Hartawan tetapi Miskin, Syahid di Uhud

Mus'ab ialah anak hartawan Quraisy. Hidupnya mewah. Dia dimanjakan oleh ibunya, Khunas binti Malik. Mus'ab memeluk Islam di rumah Arqam bin Abil Arqam di Bukit Safa.

Ibunya garang dan disegani oleh masyarakat. Apabila Mus'ab memeluk Islam, beliau terlalu khuatir akan tindakan ganas ibunya. Oleh itu, dia menyembunyikan keislamannya. Dia terus berulang-alik ke rumah Arqam untuk menghadiri majlis Rasulullah SAW.

06 April 2011

Soal Jawab Bahasa oleh Kembara Bahasa

Di belantara maya ini terdapat banyak blog yang memberikan panduan tentang penggunaan bahasa Melayu. Rata-rata blog itu dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu. Antara blog yang wajar menjadi rujukan kita termasuklah blog Rimbunan Nahu yang diusahakan oleh Cikgu Suhaimi Mohd Salleh, blog Saya dan Bahasa kepunyaan Cikgu Bukhari Shafie dan blog Witra milik Cikgu Azhar Salleh.

Di celah-celah blog yang banyak itu, mulai bulan April 2010, muncul blog Kembara Bahasa. Masukan pertamanya, “Kursus Bahasa Melayu Wajib kepada Pelajar Asing: Mengharapkan Susulan Konkrit”, terbit pada 9 April 2010. Pada hari ini blog itu sudah mempunyai 117 masukan.

02 April 2011

Kembalikan Peranan DBP - Gerakan Darurat Bahasa

Gerakan Darurat Bahasa (GDB) meminta kerajaan Malaysia untuk mengembalikan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah jauh menyimpang daripada fungsi asalnya.

Lepak, Duduk-duduk dan Meloneng

Dalam Kamus Dewan, masukan lepak /lépak/ mempunyai lebih daripada satu makna. Namun, maknanya yang menyerlah ialah “amalan negatif dalam kalangan masyarakat seperti dalam kalangan remaja yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah”. Pada hari ini, itulah pemahaman pengguna bahasa Melayu apabila kita menyebut perkataan lepak.

01 April 2011

Hari Genap Usia: Alhamdulillah, Tahniah Ibu!

Ibu dan Saya (1981, Kota Kinabalu)
Rakan saya, Tuan Mohamad Musip, menggunakan ungkapan hari genap usia. Saya suka akan ungkapan ini. Saya akan berusaha untuk menggunakan ungkapan ini sebagai menggantikan ungkapan lama yang terlalu ditonjolkan oleh Facebook. Terima kasih, Tuan Mohamad.

30 Mac 2011

Maaf, Bah. Limpas Dulu, Ya.

Pada hari itu saya berjalan kaki dari pekan Papar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir. Cuaca panas. Rumah sewa saya di hadapan sekolah sudah kelihatan. Ketika itu fikiran saya masih bertumpu pada bahan pengajaran yang akan disampaikan keesokannya. Pada masa itulah saya mendengar suara, “Maaf, bah. Limpas dulu, ya.”

26 Mac 2011

Pelajar Sekolah Menengah Ialah Siswa


“Soal Jawab Bahasa”, majalah Pelita Bahasa, Februari 2011.

1. Petikan

Sebagai kesimpulannya, perkataan murid dan pelajar hanya sesuai digunakan untuk mereka yang belajar di sekolah, sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah. Perkataan pelajar atau penuntut pula biasanya digunakan di institut perguruan. Dalam hal tersebut, istilah guru pelatih turut digunakan. Perkataan pelajar, penuntut, mahasiswa, mahasiswi, siswa dan siswi sesuai digunakan untuk mereka yang mengikuti pelajaran di universiti.

25 Mac 2011

Tiga Bunyi Huruf e



Pedoman Bahasa (JPEG) 072. Huruf/Ejaan.
Pada masa dahulu, huruf e melambangkan satu bunyi iaitu /e/ seperti dalam perkataan ekor. Pada masa itu, ada huruf e bertanda (ĕ) bagi melambangkan bunyi /ə/ seperti dalam perkataan emak.
Pada akhir tahun 1972, kita menerima pakai ejaan baharu. Dalam ejaan baharu ini tiada huruf ĕ. Huruf ini digantikan dengan huruf e. Jadi, dalam ejaan baharu huruf e melambangkan dua bunyi, iaitu /e/ dan /ə/.