Blog Mohd Isa bin Abd Razak, mantan pendidik, bermula Januari 2009, bertumpu pada bidang bahasa Melayu dan pendidikan. Pancarkan akhlak mulia dalam penulisan kita.
Puan Marni dan Saudara Aranam, saya maklum; terima kasih. Untuk membaca tulisan Jawi, kita memerlukan fon yang berkenaan. Sekali lagi, hanya fon, bukan perisian. Apabila sesiapa tidak dapat membaca pantun dalam tulisan Jawi di atas, hal itu bermakna fon Stnask tidak terpasang dalam Windows.
Saya sudah mula merangka panduan ringkas untuk memasang fon Jawi. Insya-Allah, akan saya jadikan masukan pada malam ini atau esok.
6 ulasan:
Salam. Jikalau tuan tidak dapat membaca tulisan Jawi ini, sila berikan respons. Wassalam.
Pengesahan pemulihan ruangan ulasan.
Salam,
Saya tidak dapat membaca tulisan jawi ini, hanya simbol pelik yang kelihatan. Komputer saya perlukan perisian Jawi baru boleh membacanya?
Salam.
Cikgu,
Untuk makluman Cikgu, saya tidak dapat membaca tulisan jawi dalam masukan ini.
Terima kasih.
Waalaikumussalam.
Puan Marni dan Saudara Aranam, saya maklum; terima kasih. Untuk membaca tulisan Jawi, kita memerlukan fon yang berkenaan. Sekali lagi, hanya fon, bukan perisian. Apabila sesiapa tidak dapat membaca pantun dalam tulisan Jawi di atas, hal itu bermakna fon Stnask tidak terpasang dalam Windows.
Saya sudah mula merangka panduan ringkas untuk memasang fon Jawi. Insya-Allah, akan saya jadikan masukan pada malam ini atau esok.
Wallahuaklam. Wassalam.
Pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati...
Terima kasih kerana banyak membantu saya mendapatkan fon jawi ini. Senanglah saya mengajar anak saya selepas ini.
Catat Ulasan