09 Jun 2009

Carta Jawi Silap dan Tidak Kemas Kini

Klik gambar untuk melihat citra yang lebih besar.

Carta abjad Jawi ini mengandungi kesilapan dan tidak kemas kini. Apakah kesilapan itu? Mengapakah dikatakan tidak kemas kini? Carta yang betul dan kemas kini ada di sini.

Pedoman Bahasa (JPEG) 058. Jawi: Carta Silap dan Tidak Kemas Kini.

2 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Salam.

Nampaknya, sesiapa yang rajin mengikuti 'kelas tulisan jawi' melalui blog tuan ini akan mula berasa kesal dengan penghapusan akhbar Utusan Melayu, satu-satunya akhbar bertulisan jawi di Tanah Melayu. Sisipan akhbar jawi pada setiap hari Isnin dalam Utusan Malaysia tidak memadai bagi dijadikan penawarnya. Ia adalah sesuatu yang sangat menyedihkan!

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Waalaikumussalam. Sisipan itu dihidupkan semula atas bantuan dua kementerian – satu kementerian yang melaksanakan PPSMI dan satu lagi kementerian yang pada masa itu menterinya membakar jambatan sebutan baku. Namun jasa kedua-dua kementerian itu terhadap tulisan Jawi tetap dikenang walaupun tidak sehebat jasa Menteri Pelajaran pada tahun 1970. Wassalam.